Malaysia merangkul kejuaraan Bola Sepak AFF SUZUKI CUP 2010 setelah menang secara agregat 4 -2 ke atas Indonesia. Kelebihan jaringan kemenangan yang besar 3 - 0 di tempat sendiri nyata memberi gambaran awal kepada pasukan Bola Sepak Malaysia untuk mendakap dan menjulang piala Suzuki edisi 2010 yang berlangsuang di Stadium Bung Karno Indonesia. Meskipun kalah tipis 2 - 1 , namun secara agregat Malaysia berjaya menewaskan Indonesia. Tahniah kepada pasukan Bola Sepak Malaysia, dan kehebatan 22 pemain yang berkualiti anak buah K Raja Gobal serta pengurusan yang hebat daripada pasukan Malaysia. Sejarah telah terlakar, kini Malaysia boleh berbangga dan terus berjuang untuk penampilan antarabangsa yang lebih hebat. Tahniah Malaysia.
p/s MOHD.SAFEE MOHD SALI - MALAYSIA
( ANUGERAH KASUT EMAS AFF SUZUKI - 5 GOL )
0 ulasan:
Post a Comment