Sunday, January 1, 2012

Salam Tahun Baru 2012



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Permulaan tahun baru yang memberi kita gambaran masa lalu sebagai muhasabah dan masa akan datang sebagai perancangan. Syukur Alhamdulillah dengan rezeki yang kita perolehi dan yang paling utama ialah belaian umur yang semakin meningkat tanpa kurang. Memulakan tahun baru bukanlah perkara yang janggal tetapi sememangnya menjadi budaya yang berterusan selagi hayat dikandung badan, maka yang penting adalah rancangan azam yang ingin dicapai adalah lebih baik dari hari semalam iaitu tahun-tahun sebelumnya. Semoga kita berjaya menempuh hidup dunia dan akhirat dengan sebaiknya. Salam Tahun Baru 2012 =) .....


Baca seterusnya..

Thursday, August 25, 2011

Happy Fasting Ramadhan

Get Ready To iftar
How To Train Your Heart and Mind =) this is not UFO training
Last day travel to taliwas and danum flora fauna =) out off
Guest What ?
Happy to see happy to go back home =)
Sambutan Bulan Kemerdekaan
happy happy day
Majlis Khatam Quran dan Iftar Jama'ie
prepare for a good achievement
Banner Happy Fasting Month of Ramadhan
( Our School SMK BUM BUM )
Baca seterusnya..

Friday, August 5, 2011

SMK Bum Bum ( Bukan Menyepi )

Selawat Jumaat dan Sisi sisi lain
Senaman Sukan Tahunan SMKBB
Suasana Menanti Bot Pagi =)
Bas Sewa Kami

Bersama ust Zulkifli b. Eradi MTQ Tenggara

Kumpulan Nasyid SMK Bum Bum Semporna
mewakili daerah

Latihan Nasyid SMK Bum Bum di PKG Semporna

Santai di teratak Hang Tuah Sukan Tahunan Sekolah
SMK Bum Bum Semporna
( Dari Kanan Ustzh Azura, Cikgu Angelina, Cikgu Rainol, Saya dan Cikgu Ghamalil =)


Baca seterusnya..

Wednesday, February 9, 2011

S.M.K BUM-BUM DESTINASIKU






ehsan fotopages cikgu Ahmad Farhan Ramli

Assalamualaikum dan salam semanis senyuman anak-anak watan Pulau Bum-Bum Semporna =) .Mengikuti taklimat penempatan GST bil 1/2011 yang bermula pada 8-10 februari 2011 memberikan info-info yang penting darisegi pengetahuan teori dan motivasi cinta tentang cabaran di sekolah. Namun pada hakikatnya pengumuman penempatan sekolah adalah pengetahuan yang utama untuk dinanti-nantikan juga mendebar-debarkan =) . Sememangnya seronok melihat pelbagai karenah yang terpancar dan terlukis dari air muka kawan-kawan GST yang lain tatkala diumumkan nama berserta sekolah yang kami di tempatkan, sehinggalah nama saya diumumkan dan SMK BUM BUM adalah sekolah destinasi. Bagi mereka yang tidak tahu tentang keadaan di Pulau Bum Bum sudah pasti tersenyum dan ketawa kerana menyangkakan di pulau adalah satu suasana yang sangat daif kepeluannya, maka pandangan mereka sudah semestinya tersenget meleset =) . Banyak lagi yang mampu disangkal alasan-alasan yang kurang tepat sehinggalah kita sendiri yang turun padang melihat suasana dan penilaian penat lelah mengajar diri, orang lain masyarakat dan negara.

Mengeluh membuatkan saya meluat untuk menerima seadanya keluhan yang mengada-ngada =) . Cuaca pulau yang panas dan meletihkan adalah alasan yang sangat tajam sengatnya, dengan sepontan membuatkan perasaan mengiyakan keluhan yang membuang ketenangan. Tapi motivasi awal yang kami dapat sangat membuka mata cabaran jika benar kami adalah guru =) .Sepontan ustaz Mohd. Rizal pemangku pengetua sekolah mengeluarkan dua kertas dan salah satunya di renyukkan dan satu lagi dibiarkan rapi tanpa diusik. Semua guru sememangnya mahukan kertas yang rapi dan cantik, maka kertas yang direnyukkan di perelokkan semula satu persatu untuk menghasilkan kertas yang rapi serta cantik semula dan itu adalah kita sebagai guru di SMK BUM BUM .

Ianya sebuah sekolah yang menerima murid-murid lepasan UPSR dari banyak sekolah rendah yang berada dalam pulau juga disekitar pulau-pulau yang berdekatan dan berjauhan =) . Hebatnya ialah sekolah ini dinilai sama bersaing dengan sekolah harian biasa yang lain. Banyak lagi info yang akan datang menyusul selepas ini tentang destinasiku =)

Benarlah kata-kata pujangga " hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu " =) .


Baca seterusnya..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner