Photobucket

Monday, March 25, 2013

Percutian Trapi Minda - Semporna




Assalamualaikum dan salamsejahtera. Setelah melalui tekanan keselamatan di daerah tercinta Semporna, akibat pencerobohan berdarah yang tidak diundang, jiwa terbang mencari satu ketenangan sempena cuti sekolah pertengahan semester pertama. Meskipun dihujani dengan kertas ujian 1 sebanyak 169 kertas jawapan SMK Bum Bum Semporna Sabah, sekurang-kurangnya percutian mampu memberi sedikit ruang rehat yang tidak kurang cukupnya.

Destinasi pilihan adalah Kota Raya Metropolitan Kuala Lumpur. Walaupun destinasi ini adalah destinasi yang terkenal dengan kesibukan kota, namun inilah kesempatan yang ada untuk keluar daripada kepompong krisis tekanan. Kebetulan 24/03/2013 adalah kemuncak Formula 1 yang diadakan di Sepang juga merupakan waktu sesuai menikmati deruman yang mengkagumkan.

Apa yang lebih menyeronokkan ialah percutian ini ditemani penyeri hidup iaitu isteri tercinta dan cahaya permata hati Muhammad Iman yang keriangannya sangat menghiburkan. Pilihan tempat penginapan ialah Hotel Boulevard Mid Valley Kuala Lumpur. Pelbagai kedai barangan tersedia samada material sukan, pakaian santai kasual, tempat-tempat makan, panggung wayang, bawling, juga pelancaran-pelancaran pelbagai gadget yang terkini selain promosi-promosi tawaran kerja yang diadakan sempena cuti sekolah.

Minda yang sebelum ini terkena tempias berita yang agak merisaukan terutama aspek keselamatan di Daerah  sendiri, kini semakin berkurangan dan syukur kepada Allah swt atas nikmat dan kurniaan yang tidak terhingga ini. Banyak perkara yang ingin dikongsikan dalam tarian pena ini namun masa sangat berharga untuk di hargai pada kesemptan ruang seterusnya. Semoga negara berdaulat Malaysia, negeri Sabah terindah, daerah Semporna tanah tumpah darah, menjadi lebih tenang aman dan damai sentiasa. Ameen

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner