Photobucket

Sunday, December 26, 2010

Malaysia Menang 3-0 lwn Indonesia ( AFF SUZUKI CUP Akhir Pertama )



Malaysia berjaya menidakkan peluang indonesia untuk menjaring ditempat lawan dengan kemenangan yang bergaya 3 - 0. Seterusnya membawa bekal selesa untuk perlawanan timbal balik di Indonesia kelak yang merupakan perlawanan penentuan JUARA AFF SUZUKI CUP yang sebenar. Walaubagaimanapun Malaysia harus meneruskan momentum untuk mengekalkan aksi terbaik nanti, kerana sebagaimana yang kita ketahui Indonesia pernah menewaskan Malaysia pada permulaan kelayakan peringkat kumpulan 5 - 1 di tempat sendiri. TAHNIAH buat pasukan bola sepak Malaysia atas kesungguhan yang dipamerkan dan taktik menjadi jurulatih tempatan Raja Gobal yang juga harus dibanggakan. TAHNIAH sekali lagi kerana mempamerkan aksi yang terbaik, hantaran bola yang baik, kesungguhan yang sangat baik, dan penyudah yang semakin baik daripada pasukan bola sepak Malaysia. 2 gol dijaringkan penyerang berbisa Safee Sali dan 1 gol dijaringkan pemain gantian sayap kiri Asyaari. Walaupun terdapat insiden yang agak memalukan daripada peminat bola sepak yang mengganggu konsentrasi pemain Indonesia dengan memancarkan laser jarak jauh menyebabkan perlawanan terhenti seketika, ianya harus jadi pengajaran kepada pihak pengurusan agar tidak berulang lagi.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner