Photobucket

Friday, February 4, 2011

~ TETAP INGIN ~




Terjaga dan Lena silih berganti,

Kehidupan bersama mengejar masa

Cerah datang dengan rela

Awan tanpa cahaya tiba mengundang


Cuaca bercerita

Iklim mentafsir makna

Dan pada setiap kejadian

Lain rasa berbeza Realitinya


Inilah Kegembiraan Untuk Bersederhana

Inilah Kesenangan Untuk di Kongsikan

lebih tidak terlalu taksub

kurang tidak terlalu kikir


Andai hilang tanpa sedar ia berganti

Andai Setia tanpa sedar ada yang pergi

Roda lama tetap ingin ditukar

Ianya putaran demi keseimbangan


Sayangilah kecintaan yang kita miliki

Kasihilah kesetiaan yang kita ada,

Kerana panggilan merubah suasana,

Apa jua kebaikan dan kebenaran.




0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner