ehsan fotopages cikgu Ahmad Farhan Ramli
Assalamualaikum dan salam semanis senyuman anak-anak watan Pulau Bum-Bum Semporna =) .Mengikuti taklimat penempatan GST bil 1/2011 yang bermula pada 8-10 februari 2011 memberikan info-info yang penting darisegi pengetahuan teori dan motivasi cinta tentang cabaran di sekolah. Namun pada hakikatnya pengumuman penempatan sekolah adalah pengetahuan yang utama untuk dinanti-nantikan juga mendebar-debarkan =) . Sememangnya seronok melihat pelbagai karenah yang terpancar dan terlukis dari air muka kawan-kawan GST yang lain tatkala diumumkan nama berserta sekolah yang kami di tempatkan, sehinggalah nama saya diumumkan dan SMK BUM BUM adalah sekolah destinasi. Bagi mereka yang tidak tahu tentang keadaan di Pulau Bum Bum sudah pasti tersenyum dan ketawa kerana menyangkakan di pulau adalah satu suasana yang sangat daif kepeluannya, maka pandangan mereka sudah semestinya tersenget meleset =) . Banyak lagi yang mampu disangkal alasan-alasan yang kurang tepat sehinggalah kita sendiri yang turun padang melihat suasana dan penilaian penat lelah mengajar diri, orang lain masyarakat dan negara.
Mengeluh membuatkan saya meluat untuk menerima seadanya keluhan yang mengada-ngada =) . Cuaca pulau yang panas dan meletihkan adalah alasan yang sangat tajam sengatnya, dengan sepontan membuatkan perasaan mengiyakan keluhan yang membuang ketenangan. Tapi motivasi awal yang kami dapat sangat membuka mata cabaran jika benar kami adalah guru =) .Sepontan ustaz Mohd. Rizal pemangku pengetua sekolah mengeluarkan dua kertas dan salah satunya di renyukkan dan satu lagi dibiarkan rapi tanpa diusik. Semua guru sememangnya mahukan kertas yang rapi dan cantik, maka kertas yang direnyukkan di perelokkan semula satu persatu untuk menghasilkan kertas yang rapi serta cantik semula dan itu adalah kita sebagai guru di SMK BUM BUM .
Ianya sebuah sekolah yang menerima murid-murid lepasan UPSR dari banyak sekolah rendah yang berada dalam pulau juga disekitar pulau-pulau yang berdekatan dan berjauhan =) . Hebatnya ialah sekolah ini dinilai sama bersaing dengan sekolah harian biasa yang lain. Banyak lagi info yang akan datang menyusul selepas ini tentang destinasiku =)
Benarlah kata-kata pujangga " hitunglah kesyukuranmu bukan kesukaranmu " =) .
0 ulasan:
Post a Comment