KAMI MERAFA’KAN KESYUKURAN KEPADA-MU YA ALLAH KERANA TELAH MENGIZINKAN KAMI UNTUK BERADA DAN MENGHADIRI MAJLIS SEMPENA PERSANDINGAN PASANGAN MEMPELAI ......................BT..................
DENGAN PASANGAN PILIHAN HATI .....................BIN....................PADA HARI YANG BERBAHAGIA DAN BERMAKNA INI.
YA ALLAHU YA RABBULIZZATI
KAMI BERASA SUNGGUH BERTUAH KERANA DIKUNJUNGI OLEH
TETAMU YANG AMAT DIALU-ALUKAN KEHADIRAN MEREKA, BERKATILAH MAJLIS KAMI INI YA ALLAH BERSAMA-SAMA KEHADIRAN TETAMU MENAMBAH SERI MENYEMARAKKAN KEBERKATAN MAJLIS INI. BERKATILAH YA ALLAH TUAN MAJLIS INI BERSAMA SEISI KELUARGA KEDUA-DUA MEMPELAI DENGAN SEMANGAT CINTA YANG TULUS SETULUS KASIH ADAM DAN HAWA SEHEBAT CINTA RASULULLAH.
LIMMPAHKANLAH LEMBAYUNG RAHMAT DAN RAHIM MU KEPADA PASANGAN MEMPELAI RAJA SEHARI YANG KAMI RAIKAN PADA HARI INI , SEMOGA IKATAN PERNIKAHAN YANG INDAH INI MENYATUKAN HATI HATI KEDUANYA , MENJAUHKAN SEGALA FITNAH DUNIA, ENGKAU PELIHARALAH SIMPULAN KASIH DIANTARA KEDUANYA BERSAMA HUBUNGAN KEKELUARGAAN YANG ENGKAU REDHAI YA ALLAH, KURNIAKANLAH PASANGAN BAHAGIA SUAMI ISTERI INI KETENANGAN IAITU SAKINAH SEBAGAIMANA YANG TELAH ENGKAU JANJIKAN DALAM KITAB –MU YA ALLAH,
JUGA KURNIAKANLAH SIFAT KASIH SAYANG SESAMA MEREKA BERTERASKAN KEIMANAN DAN KESABARAN UNTUK MENGHADAPI DUNIA YANG PENUH DENGAN CABARAN ALAM RUMAHTANGGA YA ALLAH, SUBURKANLAH NILAI-NILAI SIFAT MAHMUDAH SEPERTI BERTOLAK ANSUR MENERIMA KELEBIHAN SERTA KEKURANGAN DIANTARA MEREKA DEMI KEMA’RUFAN SERTA KERUKUNAN KEBAHAGIAAN CINTA YANG KUKUH ALAM RUMAH TANGGA SEHINGGA KE ANAK CUCU YA ALLAH YA RABBI YA RAHIM, MAQBULKAN DOA-DOA CINTA KAMI INI YA ALLAH.
RABBANA TAQABBAL MINNA DUA'ANA INNAKA ANTA SAMI'ULALIM WATUB A'LAINA YA MAULANA INNAKA ANTATTAWWABURRAHIM.
p/s Teringat lagu Maher Zain =)
بارك الله لكما وبارك عليكما وجمع بينكما في خير بارك الله لكما وبارك عليكما
..................وجمع بينكما في خير
0 ulasan:
Post a Comment