Photobucket

Wednesday, January 26, 2011

Tesaurus Bahasa Melayu

Assalamualaikum dan salam secantik bahasa. Kali ini ingin saya kongsikan buku yang baru saya beli di kedai buku Kong Ming Tawau iaitu Tesaurus Bahasa Melayu. Tesaurus menurut penggunaan moden bermaksud telah disempitkan menjadi buku yang memberi sinonim bagi kata-kata yang wujud dalam sesuatu bahasa, dengan kata lain memberi erti kata-kata,contoh-contoh penggunaan kata dalam ayat dan sebagainya. Berbeza dengan kamus tesaurus membantu para pengguna memilih kata yang paling sesuai dengan cepat dan mudah.

Di pendekkan cerita, seorang kawan bertanya tentang maksud kepada perkataan “Jejal” , saya tersenyum secara sepontan teringat tentang perkataan suku kaum bajau yang bunyinya lebih kurang “Jajal @ Jajjal” yang memberi makna sangat degil. Namun saya tahu bukan itu yang dimaksudkan, kerana dengan merujuk buku Tesaurus Bahasa Melayu, jejal – menjejali bermaksud sumbat-menyumbat atau memenuhi.

Saya sangat berpuas hati dan suka buku ini kerana mampu memperbanyakkan pengunaan kata-kata bahasa melayu kreatif , segar dan ilmiah kepada saya. Dan saya akui buku ini sememangnya sebuah tesaurus bahasa Melayu lengkap yang dapat memenuhi keperluan sama ada sebagai penuntut, pendidik,pegawai,penyunting, wartawan,penterjemah mahupun pencinta bahasa untuk menguasai perbendaharaan kata dengan lebih berkesan.

Tiba-tiba teringat tentang soalan yang dikenakan kepada seorang rakan yang mengikuti kursus bahasa Melayu iaitu persoalan yang memperlekehkan kenapa perlunya mengambil kursus tersebut sedangkan dari sekolah rendah,menengah sehinggalah sekarang sudah sedia dipelajari. Tepuk dada tanya minda, adakah semua kata-kata,ayat-ayat, atau perkataan bahasa Melayu anda tahu maksudnya ( Anda Tahu Semua Perkataan Bahasa Melayu ) ? =) Dan ingatlah bahawa ilmu Allah swt itu sangat luas sehinggakan seluruh air lautan didunia tidak cukup dijadikan dakwat untuk menulisnya. Senang cerita, jadilah pencinta ilmu dan tidak ada perkataan yang mampu memperlekehkan setiap apa jua perkara yang kita pelajari pada pandangan saya. Salam semanis bahasa =) .

p/s – Lebih daripada 47,000 sinonim bagi 14,000 kata masukan utama

dengan 10, 000 kata terbitannya.

1 ulasan:

Wahidatul Sakinah said...

Nice article..keep it up..:) sy pun ad sebuah..hihihi..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner