Photobucket

Wednesday, January 6, 2010

Temuduga spontan =)



Hari itu seperti hari-hari yang cerah, cuaca dalam keadaan yang sangat selesa dan tenang. Dari semporna, saya bersama fuad dan ayahnya bertolak ke tawau untuk memenuhi keperluan masing-masing sesuai tujuan dan objektiif perjalanan =) . Pukul 11 pagi menjadi jam pilihan kami memulakan perjalanan. Walaupun selalu sangat pergi ke bandar tawau, namun pengalaman pada kali ini ada kelainannya dari hari-hari yang lain.

Pakcik Abu Bakar dengan sepontan bertanyakan sesuatu berkaitan dengan fardhu kifayah. Saya dan fuad agak terdiam, kerana ianya sesuatu yang di luar jangkaan kami. Pada kebiasaanya pakcik Bakar hanya menimbulkan persoalan yang berkaitan ilmu mengenal diri dan pencipta secara santai namun tetap tegas. Kali ini ianya agak berbeza dan kami hanya mampu diam seketika menanti persoalan yang hendak di ajukan. Maklumlah kata pakcik kami sebagai bakal pendidik perlu pada semua perkara yang dikaitakn dengan ilmu kemasyarakatan.

Hendakkan dunia perlukan ilmu inikan pula mendambakan kenikmatan syurga ganjaran yang tiada bandingannya sudah semestinya dengan ilmu yang mantap. Maka soalan yang pertama di ajukan memberikan kami respon yang sama iaitu diam. Apa dia rukun-rukun solat jenazah dan niat lengkapnya sebagai salah satu daripada asas fardhu kifayah? =) . Sebenarnya kami mampu menjawab soalan itu namun hanya berbekalkan niat dalam bahasa melayu serta rukun yang hanya kami ketahui secara agak mengagak, sedangkan jawaban yang dinginkan sudah semestinya jawaban yang lengkap. Secara sepontan apa yang terkeluar dari bibir kering kami hanyalah jawaban yang kami tidak pasti =) .

Soalan seterusnya juga berkaitan dengan fardhu kifayah iaitu bagaimana cara mengerjakan solat jenazah untuk kanak-kanak lelaki mahupun perempuan =) . Dan dengan keadaan yang agak hampa kami menjawab kurang pasti. Sangat teruk rasanya bila kita hanya tahu asas yang kurang meyakinkan. Solat jenazah 4 kali takbir, Baca surah al Fatihah, selawat dan doa untuk jenazah antara yang bermain didalam fikiranku.


Pakcik hanya mampu ketawa dan memberi komen tentang kami. Orang kampung lagi tahu daripada kamu dalam mengaplikasikan ilmu kemasyarakatan tadi, sedangkan kami adalah pelajar universiti. Namun apa yang pakcik ingin sampaikan ialah itulah antara soalan-soalan penemuduga dalam menemuduga pelajar pendidikan bidang pendidikan islam. Kadang-kadang kita mengambil remeh tentang persoalan tadi sedangkan ianya sangat penting apabila terjun kedunia masyarakat yang sebenar. Dalam benak hatiku berkata syukur Alhamdulillah, ada pesanan yang sangat berguna untuk kami, dan hatiku sedikit terubat disebabkan untungnya diriku memiliki buku indahnya hidup bersyariat karangan Dato' Ismail Kamus yang lengkap sebagai rujukan yang sangat cantik untuk masyarakat. Temuduga sepontan yang sangat baik kurasakan untuk membuang karat di minda yang kurang persediaan =) .

~Ilmu tanpa amal ibarat pokok tanpa buah~

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner