Photobucket

Monday, January 11, 2010

Kembali Ke Kampus


Semester baru kini bermula, syukur Alhamdulillah nikmat untuk berdiri di semester terakhir ini dapat kunikmati dengan rasa ketenangan dan selesa. Tahun baru 2010 memberikan senyuman yang sangat bermakna dengan sambutan solat sunat bangun malam meraih simpati keampunan dan rasa kesyukuran pada setiap inci dosa dan setiap zarah rezeki dalam sedar mahupun di luar sedar. Padaku setiap usaha mendapatkan rezeki adalah kesyukuran dan setiap salah kelalaian adalah meminta keampunan seumpama sekuat dan semampu kita untuk bernafas.

Teringat satu sesi bicara santai di stesen tv terkenal yang memetik tentang persoalan lelaki gila kepada perempuan ( Cinta ) dan sebaliknya. Cuba bayangkan persoalan dan bayangan itu di alihkan kepada lelaki/perempuan yang sangat hebat kasih sayang ( Gila itu tidak waras ) kepada kebajikan seperti penulis-penulis buku yang menghasilkan karya memurnikan masyarakat,remaja masa depan negara, guru-guru, pendakwah hebat, pemimpin masyrakat dan imam-imam bersama makmum di surau mahupun masjid yang setiap langkah mereka adalah ibadah. Memetik kata-kata saintis muda temanku yang sekarang bertugas di HKL ( Hospital Kuala Lumpur ) " Kebaikan adalah untuk semua perkara daripada seringan nikmat solat 5 waktu sehingga menunaikan Haji di Mekah ". Mahu di tangan sendiri, Perbuatan Kita juga sendiri Tahu, amalan kita pilih, Kebaikan Kebajikan semua mampu. Tukarkan sahaja kehendak cinta yang hebat itu pada kebajikan dan kebaikan semampu yang kita boleh usahakan.

Semangat inilah yang akan cuba kubawakan dalam diriku memulakan semester ini. Kembali ke kampus sekurang-kurangnya ada sesuatu mesej yang perlu untuk diriku bermuhasabah setiap gerak degupan jantung yang akan dilalui di setiap pergerakan masa. Semester ini lima subjek terakhir akan ku pelajari dan semestinya di pelajari kemudian diakhiri dengan latihan mengajar. Bagi pandanganku, peperiksaan adalah nilaian kefahaman kerana konsep belajar adalah ilmu praktikal kehidupan, secara mudahnya ilmu menjalani kehidupan kearah manfaat sejagat. Belajar daripada pengajaran guru, belajar daripada buku,belajar daripada kesilapan diri sendiri mahupun orang lain, belajar untuk mendapatkan kebaikan diredhai Yang Maha Pengasih dan Penyayang. " Bagi setiap sesuatu yang hidup ( yang ditolong ), ada ganjarannya ( bagi kamu ). " (hadis yang dilaporkan oleh Bukhari dan Muslim).

Januari ini memulakan tugas pengajaran mikro bahasa arab dan rangkaian kerja belajar yang masih di dalam permulaan proses kerja.....Semoga Manfaat Kita Kongsikan Bersama di balik senyuman =).

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner