Photobucket

Thursday, December 31, 2009

Salam Hijrah Salam 2010





Baru-baru ini kita meraikan hari sambutan Maal Hijrah, pelbagai manfaat kita pelajari dan teladani untuk meraikan hakikat sebenar hijrah dalam perspektif dan cara yang tersendiri. Melalui hari-hari seterusnya dengan sekelip mata waktu dan masa membawa kita ke ambang tahun baru yang bakal tiba untuk beberapa waktu saat dan detik 2010. Syukur kehadrat Yang Maha Esa atas segala kurnian yang tidak terhingga, rezeki yang tidak pernah putus malah apa yang saya rancang dan impikan dari permulaan hijrah yang lalu termakbul akhirnya walaupun tidak semua namun sangat nikmat hasilnya. Segala Puji-pujian Hanya pada Yang Esa pemilik segala Kebenaran, tabungan yang dirancang menjadi, keputusan peperiksaan meningkat 3.5 keatas, teman-teman sama berjaya melalui detik yang sama, mengurangkan sikap malas, dan yang penting belajar dari hari ke hari. Bayangkan sahaja, Aktiviti harian berjalan lancar dengan pelbagai pengalaman perjalanan yang sangat memberi hikmah yang dalam. Gembira rasanya walaupun ada sedih yang tersisip tatkala melihat pelbagai kes jenayah dan cerita suram menyelubungi ruangan berita tahun 2009. Hikmahnya menyedarkan kita betapa pentingnya kekuatan ilmu, iman, amal dan ukhwah, yang berat sama dipikul dan yang ringan dijinjing sama. Salam Maal Hijrah Salam Tahun Baru 2010.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner