Hati , kutahu engkau adalah Raja,
Segak bergaya di dalam diri,
Dari buaian hingga dewasa,
Matang di lalui pengalaman sendiri,
Hadiah untukmu,
Semburan wangian istimewa,
Haruman selawat balada rindu,
Benih kasih penyejuk jiwa,
Memberimu rahsia bahagia,
ialah Ketenangan mengingati Illahi,
Zikir indah lirik sejahtera,
Penjaga hebat naluri insani,
Untukmu hati Taburan Bunga Cinta,
Mekar sifatnya yang mewangi,
Mencantikkan wajah dunia,
Mengilhamkan manisnya firdausi.
~Iman Ziqra~
Andai Anak Anda Sendiri Melakukan Protes di Kampus USA dan UK
-
Jika anak anda belajar di universiti di Amerika Syarikat ataupun di United
Kingdom ataupun mungkin di negara-negara lain dan anak anda terlibat dengan
prot...
4 months ago
0 ulasan:
Post a Comment