Photobucket

Monday, November 30, 2009

Cara Tukar Template Blogspot dan Bonus Background

Sebelum saya memulakan bicara tentang tajuk ini, diceritakan tentang seorang kawan menghantar email kepada saya bertanyakan tentang cara tukar template blogspot. Maka dengan senang hati saya menukilkan sedikit perkongsian ilmu ini.

Maka bermulalah coretan ini, iaitu cara untuk menukar template di Blog (blogspot). Caranya agak mudah,tapi bagi orang yang baru dlm blog ia agak sukar sedikit untuk difahami.Template yang disediakan oleh Blogger.com hanyalah ringkas dan ada sebahagian blogger mahukan kelainan dalam menepati citarasa rupa bentuk blog mereka,dengan menukar template yang lebih cantik mungkin akan menarik lebih ramai pegunjung melawati blog tersebut,penting untuk mencari dan mendapatkan template yang sesuai dan memenuhi citarasa blogger dan kena dengan tema sesuatu blog tersebut.Baiklah ,di sini saya tunjukkan cara bagaimana menukar template.

1.Anda perlulah download dahulu template dari website yang menyediakan template percuma dengan mencarinya dengan mudah Google Search.

2.Setelah download iaitu mendapatkan template yang sesuai, anda perlaulah Login ke dashboard ( Papan Pemuka ) blog anda Blogger.com, kemudian pilih Layout ( Reka Letak ) .Dan klik pada Edit HTML.

3.Setelah memasuki ruang edit HTML,backup dahulu blog anda dengan klik pada Download Template dan save dalam PC anda.Kemudian klik butang Browse untuk pilih template yang didownload formatxml,dan klik butang Upload untuk uploadkan template ke blog anda.

4.Setelah selesai uploading,akan keluar seperti di bawah,jangan Save Template lagi dan klik butang Preview dahulu untuk melihat blog anda dalam template baru.Setelah itu barulah klik pada butang Save Template dan Confirm and Save Template anda.

5.Dah selesai barulah View Blog anda,dan siaplah blog anda dengan template yang baru.

Bagi memberi tarikan menarik kepada blog anda elok juga kiranya anda menambah backgrounds yang sesuai melalui carian di google search. Disini saya cadangkan beberapa blog untuk memudahkan pencarian anda :


Cara-caranya mudah sahaja iaitu :

1. Masuk ke papan pemuka ( Dashboard ) dan klik Reka letak ( layout ).
2. Klik tambah alat ( add gadget ) dan klik HTML/java script.
3. Setelah itu copy dan paste kod background yang kita pilih di ruang yang disediakan.
4. Simpan ( save ) setelah selesai copy dan paste.
5. lihat perubahan background blog anda dengan klik lihat blog.

Semoga dapat membantu =) ~ Sekian selamat mencuba.Semoga berjaya ~.

3 ulasan:

solehasi said...

salam teman ku yang amat baik hati & ringan jari dlm mmbantu hasi cara menghiasi blog diucapkan jutaan terimakasih kpd mr Hasnan....

Putri Zieha said...

Assalamualaikum,

Iman, naktanya..mcm mana nak aturkan..by tajuk..setiap yang kita buat..adakah..template yang kita paste..memang ada menu tu..or depends on template kah? like iman punya - Menu Utama..ada ..tajuk..so..how to do that?

Anonymous said...

Walaikumsalam, untuk pengetahuan cik putri Zieha setiap template baru kita perlulah menambah sendiri gadget yg diperlukan dlm ruang yg disediakan dlm template. Contohnya : Cik pergi ke Edit Reka Letak dan tekan butang tambah alat di sisi kanan/kiri kemudian cari aplikasi LABEL kemudian tekan butang Tambah. Selepas itu cik perlu edit mengikut kesukaan cik. Seperti yg saya edit mjadi MENU UTAMA. Sekian...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner