

coretan kecilku yang nakal
Ruang yang sedikit kosong membuatku kurang senang tanpa di isi dengan sedikit penyedap selera membaca, maka kuputuskan mencari buku kecil yang mampu memenuhi ruang itu. Mencari dengan membelek-belek rak buku menemukan aku pada buku kecil cerpen grafik oleh saudara A.Ubaidillah Alias bertajuk Merdekakan Cinta Rabiah. Walaupun cerpen ini pendek tapi impaknya sangat bermakna, mungkin juga kerana cerpen pertama yang kumiliki (~~,). Penulis menerapkan secara tidak langsung beberapa fakta tentang bumi Kinanah ( Mesir ) di sertakan lukisan menarik sebagai penambah rasa.
Namun sebenarnya semasa membaca semula cerpen tersebut, banyak coretan kecil yang memenuhi ruang dalam dan belakang, membuatku sedikit tersenyum. Setiap coretan itu ada cerita yang singkat bagaimana ianya tecoret di ruang-ruang kosong buku tersebut (~~,) . Muka surat pertama, coretan yang menghiasi berupa nasihat dengan kata-kata " gunakan bibirmu untuk bercakap benar, basahkan lidahmu dengan bacaan solat, licinkan tanganmu dengan amal bakti dan penuhi hatimu dengan kasih sayang ".
Antara lain coretan yang singgah di buku kecil itu akibat gatal tanganku, nasihat tentang " waktu adalah ladang kehidupan, sesiapa yang menanam kemalasan, maka bersiaplah ia untuk memetik buah-buah kemiskinan ". Banyak lagi coretan yang kusalin semula dari mesej-mesej pemberian teman mahupun nasihat-nasihat yang ku petik dari buku-buku yang pernah menyedarkan lena. Semuanya memberikan senyuman yang sangat istimewa untuk sama-sama diperaktikkan. Dan mangsanya adalah buku cerpen yang istimewa ini (~~,). " Dia ke sini kerana sejarah dan cinta. Aku juga begitu " - Cerpen Merdekakan cinta Rabiah - cerpen yang kutemukan ketika belajar di bumi serambi mekah empat tahun yang lalu.
" Berkasih di dalam sempadan, Berilham di kuntum Geografi, Mencari selat di dua rakaat Istikharah, Sedang jawaban tertulis di peta Putih " ~Iman Ziqra~
0 ulasan:
Post a Comment