Photobucket

Wednesday, July 8, 2009

Gempar PPSMI ?


8 Julai 2009 - Timbalan Perdana Menteri, merangkap Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012.

Namun Dr.Mahathir mempertikai keputusan tersebut walaupun menurut Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa mendakwa Dr Mahathir "menerima dengan baik" keputusan memansuhkan dasar kontroversi tersebut.

Berita harian : Tun Dr.Mahathir ,Pemansuhan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) akan menjejas masa depan anak-anak, sekali gus menjadikan mereka mangsa kepada keputusan kerajaan itu"Saya sedih kerana masa depan anak-anak, anak-anak akan jadi mangsa dasar ini," katanya pada sidang akhbar di Yayasan Kepimpinan Perdana di sini hari ini, mencerminkan hakikat sebenar keputusan dan pandangan beliau.

Kajian sebelum ini menunjukkan dasar PPSMI banyak kelemahan dan bantahan yang sangat hebat dalam mendaulatkan bahasa melayu. Pengerusi Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP), Datuk Hassan Ahmad menyifatkan keputusan kerajaan memansuhkan dasar Pembelajaran dan Pengajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) mulai 2012 sebagai satu kejayaan rakyat, Sementara itu, Setiausaha Gabungan Penulis Nasional (Gapena) Datuk Dr Zainal Abidin Borhan menyifatkan 'sebahagian daripada isu PPSMI masih belum selesai'.

Katanya, ini kerana pemansuhan dasar tersebut hanya membabitkan sekolah rendah dan sekolah menengah tetapi tidak mengambil kira pelajar tingkatan enam dan matrikulasi.
(www.Malaysiakini.com).

Hakikatnya pemansuhan PPSMI adalah langkah yang sangat murni bagi memperhebatkan mutu pendidikan negara kita bukan hanya pada masa kini tetapi untuk generasi akan datang. Ianya tidak mematikan bahasa inggeris tetapi suatu proses pembelajaran yang seimbang dan rasional sebagai negara bangsa. Kelemahan penguasaan bahasa inggeris mampu diselesaikan dengan cara yang lain tidak hanya pada kewujudan PPSMI. Cuba tanya Prof Ungku Aziz, Datuk A.Samad Said mahupun Guru-guru hebat di setiap sekolah yang membantah PPSMI apa kata mereka?.

Walaupun pelbagai pendapat dan pandangan tentang dasar PPSMI dilontarkan, 8 Julai 2009 - Menteri Pelajaran Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yassin, mengumumkan dasar PPSMI dimansuhkan sepenuhnya pada 2012. Syukur Alhamdulillah =).

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner