Jumaat - 10 Julai, jam 8.15p.m.-8.45p.m disiarkan secara langsung di Agenda AWANI mengenai perbincangan yang bertajuk Pembangunan Holistik Pelajar. Tetamu jemputan bagi sesi ini akan dihadiri oleh Penasihat Ko-SPIN '09, Dr. Abu Hassan Hasbullah dan Saudara Mohd Dzulkhairi Mohd Noor selaku presiden GAMIS ( Bekas Pelajar Pendidikan Universiti Malaya ).
Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) akan menganjurkan Kongres Pertama Rejuvenasi Sistem Pendidikan Islam Negara (Ko-Spin) dalam usaha untuk mewujudkan kesedaran rakyat terhadap pendidikan Islam di Malaysia yang bertemakan "Rejuvenasi Pendidikan Memartabatkan Insan" yang akan berlangsung di Auditorium Muzium Shah Alam, bakal dirasmikan oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
Ini adalah yang pertama diadakan di Malaysia, memandangkan masalah sosial malah akidah semakin menjadi-jadi di negara kita usaha ini adalah sangat bertepatan dan diperlukan bagi membantu seluruh masyarakat tidak kira bangsa mahupun agama sama-sama menyumbang kepada langkah awal pencegahan masalah sosial.
Kongres Sistem Pendidikan Islam '09 adalah salah satu usaha dalam menjadikan Pendidikan Islam diangkat sebagai peneraju utama untuk menjayakan matlamat sistem pendidikan negara iaitu ke arah pembentukan masyarakat baik dari aspek keintelektualan, moral, fizikal dan lain-lain oleh Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.
Penasihat Ko-SPIN '09, Dr. Abu Hassan Hasbullah sebagai berkata bahawa penerapan pendidikan islam itu adalah suatu kebijakan yang menyeluruh tidak kira samada pada bidang filem,sains, matematik,biologi dan sebagainya sehinggakan tanpa pendidikan islam atau pendidikan moral bagi bukan islam tidak akan lengkap sesuatu kursus tersebut.
Presiden GAMIS, Saudara Mohd Dzulkhairi Mohd Noor berkata bahawa kongres ini adalah salah satu faltform untuk bertemu para intelektual-intelektual bagi sama-sama memberi sumbangan menyemak semula falsafah pendidikan negara dan perlu lebih menekan kepada soal pembentukan sahsiah yang baik kepada rakyat.
Kongres itu, yang dijadualkan pada 11 Julai, bertujuan untuk menilai semula keberkesanan sistem pendidikan Islam yang diamalkan dan membetulkan pandangan dunia terhadap pendidikan Islam yang sebenarnya. Datanglah beramai-ramai bagi memeriahkan lagi ketemadunan ilmu yang hebat.

0 ulasan:
Post a Comment