Photobucket

Thursday, April 2, 2009

Di sebalik Nama Pak Lah ada Negarawan Malaysia


Bermulanya april 2009 menyaksikan peralihan kuasa di antara Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dengan timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak.Kini Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi atau lebih mesra dengan panggilan Pak Lah meneruskan tradisi negara melalui peralihan kuasa besar untuk memberi ruang dan peluang merasai kepimpinan yang segar dan baru. Sejak menyandang jawatan No. 1 negara pada 31 Oktober 2003, Abdullah atau Pak Lah telah menyaksikan dan melaksanakan pelbagai misi dan polisi yang mencorakkan sebuah negara yang berdaya saing. Beliau yang sering kali disifatkan sebagai seorang yang berwatak sederhana dan berjiwa rakyat menempuhi dunia politik kepimpinan negara yang penuh liku dan cabaran hebat.

Sebagai Perdana Menteri Malaysia yang kelima, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah melakar jejak sejarah tersendiri sepanjang tempoh lima tahun, lima bulan dan tiga hari memimpin negara. Kehidupan kepimpinan, kehidupan kekeluargaan, dan kehidupan masyarakat negara perlu dipikul dan menjadi amanah berat buat beliau mampu di hadapi dengan tenang. Meskipun rentetan masalah berlaku sehingga kepimpinan beliau di pertikaikan sesetengah pihak. Sikap sabar dan sederhana yang ditonjolkan beliau mendapat tempat di hati rakyat apabila sektor pertanian di segarkan semula, masalah rasuah dan badan kehakiman mendapat kepercayaan semula.

Abdullah merupakan seorang yang percaya kepada tradisi politik. Seperti juga Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau daripada Tunku Abdul Rahman, Hussein Onn dan Dr. Mahathir, Pak Lah akhirnya mencontohi bekas pemimpin sebelumnya itu untuk menyediakan negara suatu peralihan kuasa yang licin.Beliau memilih untuk melepaskan kuasa sebagai Perdana Menteri kepada timbalannya, Datuk Seri Najib Tun Razak yang merupakan anak sulung kepada mentornya dalam politik, iaitu Allahyarham Tun Razak, Perdana Menteri kedua.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner