Photobucket

Monday, March 30, 2009

Alam internet Dunia Pendidikan

Assalamualaikum dan salam ukhwah. Berjinak-jinak dengan penulisan blog sedikit demi sedikit memberi ruang untuk kita membuka minda betapa perkongsian maklumat sangat hebat bergerak di alam internet. Dari sekecil-kecil ruang sehingga sebesar-besar peluang kepada kita meneroka pengalaman yang sangat menakjubkan untuk memperolehi ilmu pengetahuan dan memperluaskan lagi medium pendidikan. Tidak kira samada isu-isu terkini,agama, hiburan,sains teknologi,sejarah ,motivasi ,kewangan ,politik ,sosial dan sebagainya.Ajaibnya perkongsian ini sebenarnya hanyalah teori semata-mata yang perlu di praktikkan di alam kehidupan sebenar. Ianya membantu untuk memberi maklumat dan rangsangan namun perlu di usahakan secara fizikal. Inilah hakikatnya bahawa perkongsian maklumat di internet adalah sebagai alat komunikasi dan media sebaran yang boleh di tafsirkan sebagai alam maya semata-mata. Berbeza dengan alam pendidikan sebenar yang membawa alam maya tersebut menjadi realiti yang pahit,masin dan manis benar-benar dirasakan. Sungguhpun perbezaan ini berlaku tetapi sumbangan idea adalah asas kekuatan sesuatu keberkesanan pendidikan. Misalnya rekaan blog ataupun tapak web menyumbang inspirasi kepada pengurusan sesuatu organisasi yang terancang dalam dunia pendidikan sebenar. Inilah yang dikatakan alam internet Dunia pendidikan. Natijahnya setiap mata pelajaran tidak terkecuali menyumbang idea kepada setiap subjek yang lain menerusi perkongsian maklumat dari internet ke alam sebenar pendidikan.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner