Photobucket

Sunday, August 5, 2012

Ramadhan Semester Ibadah =)







Seperti seorang kekasih, selalu diharap kedatangannya. Rasanya tidak ingin berpisah walaupun
 hanya cuma sedetik. Begitulah Ramadhan seperti digambarkan sebuah hadith yang diriwayatkan Ibnu
 Khuzaimah, "Andaikan tiap hamba mengetahui apa yang ada dalam Ramadhan, maka ia bakal berharap satu
 tahun itu puasa ."

Persoalan yang indah , ada apa indahnya di bulan Ramadhan?, ikutilah kelebihan ini:


Bulan pengampunan

       Tidak ada manusia yang tiada dosa, sebaik manapun dia. Sebaik-baik manusia bukanlah yang tanpa
 dosa, sebab itu tidak mungkin terjadi. Manusia yang baik adalah yang paling sedikit dosanya, lalu
 bertaubat dan berjanji tidak mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

      
Kerana dosa manusia itu, maka Allah telah menyediakan alat penghapus yang canggih. Itulah
 puasa pada bulan Ramadhan. Beberapa hadith menyatakan demikian, salah satunya diriwayatkan
 Bukhari Muslim dan Abu Dawud, "Barangsiapa berpuasa pada bulan Ramadhan kerana keimanannya dan kerana mengharap redha Allah, maka dosa-dosa sebelumnya diampuni."


Pahala dilipatgandakan

       Tidak hanya pengampunan dosa, Allah juga telah  menyediakan bonus pahala berlipat-lipat kepada
 sesiapapun yang berbuat baik pada bulan mulia ini. Rasulullah saw bersabda, "Setiap amal anak keturunan
 Adam dilipatgandakan. Tiap satu kebaikan sepuluh lipat gandanya hingga tujuh ratus gandanya."
       HR. Bukhari Muslim

       Bahkan amalan-amalan sunnah yang dikerjakan pada Ramadhan, pahalanya dianggap sama dengan
 mengerjakan amalan wajib.
       HR. Bahaiqi dan Ibnu Khuzaimah


Pintu syurga dibuka dan neraka ditutup

       "Apabila tiba bulan Ramadhan terbuka pintu syurga, tertutup pintu neraka, dan syaitan-syaitan
 terbelenggu."
       HR Muslim

       Kenapa pintu syurga terbuka? Kerana sedikit sahaja amal perbuatan yang dilakukan, boleh membawa
 seseorang itu ke syurga.
Boleh diibaratkan, bulan puasa itu bulan "Sale". Orang yang tidak membeli
 akan merasa rugi. Amal sedikit saja dilipatgandakan ganjarannya
    sedemikian banyak. Ganjaran itu untuk mendorong orang melakukan amal-amal kebaikan di
 bulan Ramadhan. Dengan demikian secara automatik pintu neraka tertutup dan tidak ada lagi kesempatan
 untuk syaitan menggoda manusia.



Turunnya Lailatul Qadar

       Pada bulan Ramadhan Allah menurunkan satu malam yang sangat mulia. Tersangat mulianya Allah
 menggambarkan malam itu nilainya lebih dari seribu bulan. (83 Tahun 4 bulan).



Meningkatkan kesihatan

       Sudah banyak terbukti bahawa puasa dapat meningkatkan kesihatan. Misalnya, dengan puasa maka
 organ-organ pencernaan dapada  beristirahat. Pada hari biasa alat-alat  pencernaan di dalam tubuh bekerja keras. Setiap makanan yang masuk ke dalam tubuh memerlukan proses pencernaan lebih kurang
 lapan jam. Empat jam diproses di dalam perot dan empat jam di usus kecil (ileum).

       Jika malam sahur dilakukan pada pukul 4.00 pagi, bererti pukul 12 tengahari alat pencernaan
 selesai bekerja. Dari pukul 12 tengahari sampai waktu berbuka, lebih kurang selama enam jam, alat
 pencernaan mengalami istirahat total.



Selamat Istiqamah !!!! =) Raya Rai Ramadhan =)



0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner