Photobucket

Sunday, August 5, 2012

Datuk Lee Chong Wei Lagenda Olimpik Negara



Terpancar raut wajah hampa DLCW

Assalamualaikum dan salam sejahtera, sebentar tadi seluruh rakyat Malaysia menyaksikan HERO BADMINTON NEGARA Datuk Lee Chong Wei beraksi di pentas akhir perseorangan Olimpik London 2012. Keputusan akhir menyaksikan set pertama di menangi Datuk Lee Chong Wei dan dua set penentuan beliau tewas bermaruah 21 - 15, 10 - 21 dan 19 - 21.Maka dengan keputusan tersebut Malaysia hanya mampu memiliki pingat perak buat kali ke 2 untuk kontinjen negara.

Walaupun kalah namun Malaysia harus berbangga kerana mempunyai wira tunggal yang berusaha keras untuk memastikan pingat wajib dalam genggaman dalam temasya Olimpik London kali ini. Kejujuran Datuk Lee Chong Wei dan disiplin yang sangat mengkagumkan menjadikan Datuk Lee Chong Wei adalah ikon sebenar Badminton Dunia tanpa sebarang serangan psikologi bermain mahupun mempengaruhi pengadil. Sifat disiplin inilah membuatkan Datuk Lee Chong Wei layak sebagai Lagenda Negara dan Badminton Dunia. Malaysia tetap menyokong dan mengucapkan "TAHNIAH" kepada Datuk Lee Chong Wei Hero Malaysia.

Selepas ini adakah lagi pingat untuk negara yang bakal disumbangkan oleh Persatuan Badminton Malaysia? atau skrip drama akan berulang sehingga kita ketandusan pingat pada masa akan datang! Apapun alasannya kita haruslah berdoa dan berusaha agar amalan kita tidak menjadi sia-sia dengan usaha sejujur jujurnya seterusnya sentiasa bermuhasabah untuk peningkatan yang lebih berjaya.Penantian masih belum berakhir tapi sebenarnya sedang bermula!


0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner