Photobucket

Sunday, November 7, 2010

Temuduga Aktiviti Outdoor Lasak


Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Coretan ini adalah antara pengalaman pertama saat-saat ingin memiliki kerjaya.Setelah Menduduki Insak, tibalah masa untuk sesi temuduga. Sebagai orang pertama dalam panel 2 hari ke 2 perasaan gementar tetap ada walaupun yakin dengan kot hitam jenama Padini menutup sedikit kegusaran dengan kepercayaan. Seperti biasa sesi temuduga dimulakan dengan pengenalan diri. Puan Khoo ( bukan nama sebenar ) membelek-belek fail sijil yang saya serahkan pada permulaan sebelum sesi bermula, seolah-olah mencari sesuatu dan kemudian berhenti seketika seperti menemukan apa yang beliau cari. Sememangnya tekaan saya tidak meleset, Puan Khoo terus sahaja berkata sebagai seorang yang pernah memegang jawatan sebagai pengarah kursus rekreasi lasak, cuba ceritakan dengan saya pengalaman kamu menguruskan dan memipin kursus tersebut. Dengan senyuman yang saya ukir sendiri, menghormati soalan yang diberikan adalah ayat pertama saya sampaikan untuk mula mengambil sedikit ruang berfikir menjawab persoalan tersebut. Satu persatu pengalaman semasa di universiti malaya menjayakan kursus rekreasi lasak menerjah ruang suara mengimbau realiti sebenar ketika itu, program yang sepatutnya dua hari dipendekkan kepada sehari atas sebab-sebab tertentu. Sesi pagi adalah bahagian utama iaitu teori alatan dan jenis-jenis rekreasi lasak aktiviti outdoor hujung minggu seperti berkhemah,berkayak, berakit, berkanu dan sebagainya. Kemudian sesi petang adalah aplikasi sebenar menuruni bangunan tinggi kolej 12 um dengan menggunakan tali khas semacam cliff hanging, asas perkhemahan atau pemasangan khemah seterusnya aktiviti berkayak. Namun apa yang saya tekankan ketika itu adalah faktor keselamatan dan bahaya-bahaya yang tidak kita jangkakan. Puan Khoo tersenyum dan dengan nada yang penuh psikologi , beliau berterus terang bahawa soalan seterusnya adalah secara total berkaitan dengan aktiviti kurikulum dan kokurikulum. Pada mulanya saya agak kurang yakin atas faktor menanti soalan-soalan yang berkait dengan NKRA, PIPP, WAWASAN 2020, Kesihatan Perdanan Menteri Kita mahupun keadaan Politik Semasa. Akan tetapi ramalan saya meleset kerana sememangnya tidak ada soalan-soalan ramalan keluar dari suara ramah Puan Khoo. Semuanya berkait dengan aktiviti sekiranya saya mengetuai apa-apa jenis persatuan dalam sekolah, pengurusan, aktiviti dalam dan luar sekolah, rancangan pengajaran, refleksi dan sebagainya. Cuma saya agak sedikit kesal kerana banyak perkara menarik kurang dikongsikan. Itupun setelah berfikir lebih dalam, selesai sesi temuduga tersebut,bak kata ahli fikir, sesedap bubur nasi ketika kita sakit. Semoga pengalaman ini memantapkan pengalaman kita akan datang dengan redha Pemilik Cinta segala Cinta. Wassalam....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner