Photobucket

Saturday, November 6, 2010

Sengat Yang Menyembuhkan


Assalamualikum semua, Alhamdulillah pada 3 November 2010 yang lalu saya telah selesai mengikuti ujian insak dan menghadiri sesi temuduga e-gst. Pengalaman pertama mengikuti temuduga untuk memohon kerja sebagai bakal pendidik. Walaupun nampak mudah dari segi persediaan sijil-sijil serta dokumentasi yang lain, namun hakikatnya saya sendiri hampir kelam kabut pada akhir-akhirnya. Contohnya surat lahir yang asli saya terlupa bawa, memang menggelabah di buatnya sebab seorang teman khabarkan berita tentang perkara yang sama berlaku pada kawan-kawan di kelantan, mereka disuruh pulang kekampung untuk mengambil semula dokumen asal. Bayangkan saya dari kota kinabalu ke semporna dengan masa yang agak terhad, namun semuanya tidak mustahil dengan kemudahan penerbangan dan masa satu hari yang saya ada Alhamdulillah tetap dipermudahkan. Walaupun berkorban lebih wang ringgit, tidak salah untuk keselesaan dan keperluan lengkap pada hari penting temuduga pertama untuk kerjaya yang sememangnya tidak boleh diambil mudah kini dan akan datang. Seolah-olah agak mustahil untuk kita katakan bahawa sengat itu boleh menyembuhkan kita agar tidak mengambil mudah setiap perkara dan senantiasa prihatin, waspada, berhati-hati serta ingat-mengingati dalam diri muhasabah sepenuh jiwa. Sembuhkanlah diri dari sengat kelalaian mahupun kecuaian =) .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner