Photobucket

Monday, March 4, 2013

LONJAKAN OLIMPIK SMK BUM BUM





Assalamualaikum wbt dan salam sejahtera. Smk Bum Bum memulakan sesi persekolahan dengan wajah baru yang dipimpin oleh Pengetua Baru. Sesi permulaan persekolahan 2013 dimulakan dengan mesyuarat 1/1/2013 sebagai mesyuarat pembuka rancangan lembaran perubahan. Alhamdulillah pada 2/1/2013 sekolah dilawati dan dipantau orang kuat daripada JPN Sabah iaitu Tuan Dr.Hj Kassim b. Hj Mohd Ibrahim, Ketua Sektor Sektor Pengurusan Akademik Sabah bersama PPD semporna. Nasihat dan teguran beliau sangat memberi kesan yang positif dalam perjumpaan singkat bersama guru-guru, walaupun ada banyak perkara yang kurang positif melalui pemantauan yang dibuat, nasihat serta pandangan yang dilontarkan sangat berisi untuk perubahan kearah kecemerlangan secara keseluruhan buat sekolah. Penekanan terhadap MMI iaitu memenuhi masa instruksional ( KEMBALI KEPADA YANG ASAS : PEMIMPIN INSTRUKSIONAL, GURU MENGAJAR MURID BELAJAR ) adalah menu pertama yang sangat dititik beratkan dalam mesyuarat yang diadakan.Selain daripada itu turut disertakan dalam bekalan nasihat awal tahun ialah tentang lonjakan olimpik iaitu perubahan yang luarbiasa lebih daripada lonjakan perdana, meskipun beliau menganggap bahawa pada masa kini sekolah pada tahap dibawah perubahan perdana namun tidak mustahil bagi sekolah untuk membuat lonjakan besar-besaran kerana masa belum terlambat jika usaha terus menerus dilakukan pihak sekolah untuk berjaya. Menelan hakikat bahawa kedudukan sekolah pada tangga yang tercorot keseluruhan sekolah harian biasa membuatkan guru-guru tidak dapat duduk,rehat,tidur dengan selesa merencana serta membuat analisis kelemahan kekuatan yang perlu untuk lonjakan perubahan peratusan lulus keseluruhan sekolah. Bukan salah ibu mengandung, bukan salah sesiapa, bukan salah orang lain, yang perlu muhasabah dan membuat lonjakan perubahan adalah diri kita sendiri mungkin itu kata-kata yang tepat dalam menguatkan mental usaha memotivasikan ummah samada pihak sekolah,warga sekolah dan yang ada kaitan dengannya. Semoga pencapaian tahun ini lebih baik daripada tahun sebelumnya. Amin....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner