Photobucket

Saturday, January 22, 2011

Noktah Sakinah 1

Assalamualaikum w.b.t salam semanis kurma =) . Alhamdulillah syukur kehadrat Illahi atas rezeki dan rahmat yang dilimpahkan kepada kita tanpa henti-henti. Sepanjang perjalanan menanti keputusan temuduga pada bulan 10 2010 tahun lalu menemukan hasil kegembiraan pada bulan 12 2010 keputusan yang sangat diharapkan iaitu lulus temuduga GST. Kegembiraan itu berterusan dengan khabar gembira tentang maklumat taklimat penempatan GST pada 8 – 10 hb 2 akan datang bertempat di Promenade Hotel Kota-Kinabalu Sabah. Inilah antara titik-titik sakinah yang datang dengan dugaan kesabaran, sungguhpun setiap keputusan menguji dengan jarak masa 2 bulan, namun syukur tidak terhingga berkatnya membawa seribu rahsia hikmah. Kesabaran adalah ujian yang pertama perlu dilepasi sebagai seorang bakal pendidik mahupun sesiapa sahaja,kerana tanpa sabar semuanya akan serba tidak menjadi,serba salah yang menghasilkan banyak perkara negatif. Benarlah ayat Al-Quran yang mafhumnya “ Sesungguhnya Allah S.W.T bersama orang-orang yang sabar”. Apabila kita kaitkan dengan soal pendidikan kesabaranlah ujian pertama yang perlu kita lepasi pada pandangan saya.

Sebagai seorang anak sudah tentu tidak mahu menghampakan harapan ibu abah dan semua orang yang mengharapkan lebih daripada seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Tempoh masa yang agak memakan masa memberi banyak reaksi kurang baik dan perbandingan yang tersasar daripada ketepatan pengetahuan sebenar. Mungkin tidak pernah terdetik pada pandangan mereka bahawa “berat mata memandang,berat lagi bahu memikul”. Pertikaian yang membawa persoalan kerja, kenderaan, tempat berteduh, keluarga, perkahwinan dan sebagainya sangat di ambil kira berat tanpa sabar. Sememangnya amat sukar memuaskan hati semua orang ditengah-tengah usaha kita untuk sabar memajukan diri selangkah demi selangkah. Hairannya mengundang sikap kurang adil dan realistik apabila terlalu mudah melupakan pengalaman lalu iaitu usaha semasa susah payah memulakan langkah sampai ketahap berjaya, benarlah teguran dalam ayat Al-Quran yang maksudnya lebih kurang “Janganlah kamu berjalan dimuka bumi Allah ini dengan sombong diri” .31:18. Janganlah memalingkan pipi kamu daripada manusia, dan janganlah berjalan di bumi dengan sangat gembira; Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong dan membanggakan diri.

Pengamatan dengan perkataan yang kurang baik ( Menilai orang dengan penghakiman yang tidak sedar diri ) seolah-olah ada ketinggian dan perbezaan darjat untuk diri dan melupakan nasihat Allah swt tentang hakikat sebenarnya ialah tidak adanya perbezaan diantara setiap kita melainkan hanyalah TAQWA disisi Allah swt. Seolah-olah LUPA atau buat-buat lupa, harta dunia MILIK ALLAH SWT semata-mata dan kita hanya meminjamnya.

Hikmah yang menemukan sakinah adalah SABAR. Peringatan untuk saya sendiri dan sesiapapun dimuka bumi Allah swt yang terserempak dengan cobaan dugaan karenah mainan manusia dunia sebenar. Melihat orang lain yang berjaya bukan setakat dinilai pada kejayaan mereka sahaja tetapi pada kesabaran susah payah mereka sebelum mendapat kejayaan yang sebenarnya keajaiban dicipta MAHA PENCIPTA. Semoga kita tidak lupa, salam kemaafan salam noktah sakinah =) .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner