Assalamualaikum dan salam semanis kenangan. Berborak dengan kawan-kawan kadangkala meleret-leret sehingga terkait sana terkait sini. Itulah lumrah bila banyak cerita dan banyak berkongsi tentang banyak perkara. Tapi dalam banyak-banyak cerita, saya agak terkesan dengan cerita seorang kawan rapat ( Mohd Tuan ) bukan nama sebenar. Kaitan ceritanya apabila saya terlepas cerita tentang masalah saya sekarang yang kurang amalan ibadah, pendek kata tiada amalan pendiding. Kawan rapat saya ni pun terus membuka mulut tentang kesihatan ayahandanya yang semakin diragui. Dia mengesyaki ada sesuatu yang tidak kena, kerana seoalah-olah ada petanda ayahandanya terkena buatan orang. Tapi bukan itu yang saya mahu kongsikan, untuk pengetahuan semua, Mohd Tuan seorang ustaz sekolah rendah, semasa sesi berubat dengan seorang ustaz yang belajar perubatan islam di mesir,sempatlah dia bertanya serba sedikit tips amalan yang betul-betul baik sebagai pendinding. Mudah sahaja tipsnya
( Amalkan pagi petang Al-Ma'thurat ) dan yang penting jaga sebenar-benar jaga 5 rukun islam seterusnya semua kewajipan yang disyariatkan Allah swt. Kenapa saya terkesan? bayangkan dahulu waktu duduk asrama sekolah menengah, Al-Ma'thurat memang jadi amalan kegemaran pagi dan petang. Tapi sekarang ? saya sendiri sangat-sangat jarang mengamalkannya. Cabaran jadi bakal pendidik nanti macam-macam boleh berlaku,jadi inilah masanya untuk kita amalkan tips yang sangat manis keuntungannya dunia dan akhirat. Kalau bukan sekarang bila lagi.... Belajar,Belajar, dan Belajar dari belakang hingga ke hadapan. Salam kemaafan.. =)
0 ulasan:
Post a Comment