
Segala puji hanya bagi ALLAH atas nikmat yang tidak terkira. Sangat-sangat bersyukur dan gembira kerana ALLAH menganugerahkan bulan kebaikan. Dengan izin ALLAH segala keburukan dan kejahatan akan mampu untuk di jauhi. Bulan ramadhan adalah bulan yang penuh rahmat moga kita sama-sama mengambil peluang dan ruang untuk bertaubat kepada ALLAH SWT atas segala dosa yang pernah kita lakukan. Bulan untuk kita mengubati penyakit rohani,memperbaiki diri dan merebut rahmat melimpah anugerah ALLAH SWT. Ramadhan bulan petunjuk bagi umat manusia, bulan yang memberi kesan pada dunia kita untuk bermuhasabah dan mengatur diri untuk menjadi lebih baik dari sebelumnya. Firman ALLAH SWT : " Inilah bulan Ramadhan, iaitu bulan diturunkan al-Quran sebagai hidayah ( petunjuk ) bagi manusia." - Surah al-Baqarah: 185.
0 ulasan:
Post a Comment