


Assalamualaikum teman-teman,seperti biasa ingin saya kongsikan buku yang baru sahaja saya beli. Mungkin agak lewat tapi bagi saya berkongsi sesuatu yang baik adalah sangat perlu dan tidak memerlukan had masa. Buku ini adalah modul fardu ain untuk diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Sangat-sangat menarik,praktikal dan mesra kepada semua jenis penggunaan. Penulis yang tidak asing lagi Dato' Ustaz Ismail Kamus dan Mohd Azrul Azlen Abdul Hamid yang diterbitkan Telaga Biru Sdn. Bhd. Sangat menarik dan sangat lengkap. Ianya merangkumi syariat ketika kelahiran,fardu ain kanak-kanak, penekanan pendidikan remaja, hukum hakam muamalat(jual beli), munakahat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab yang kesemuanya adalah ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih. Lengkap dengan gambar rajah yang mudah dihafal juga di prakrikan dengan jelas. Semoga kita sama-sama dapat manfaat yang berguna dari buku ini. Bagi saya buku ini bertaraf 5 bintang =).
0 ulasan:
Post a Comment