Photobucket

Wednesday, May 6, 2009

Subuh Di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz


Subuh itu sungguh segar udaranya dan nyaman yang tiada bandingan dengan alat penyaman udara ciptaan manusia. Bersama syukri singgah untuk menunaikan solat subuh di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alam. Rasa seronok yang sangat dalam, menikmati panggilan azan dan mendengar merdunya bacaan AlQuran oleh imam. Subuh itu di perindahkan lagi dengan aktiviti membaca Al-Quran bersama imam beramai-ramai. Inspirasi datang menerjah nikmat minda mengacarakan rancangan di Television tentang memperkenalkan masjid-masjid di Malaysia termasuk sabah dan sarawak. Alangkah indahnya jika memperlihatkan kepada masyarakat aktiviti institusi masjid yang menarik,mendidik dan hiburan dakwah yang mengilhamkan dunia keilmuan yang mendalam. Imaginasi ini adalah impian untuk mendidik diri rajin ke masjid dan tentunya ajakan kepada seluruh generasi muda mudi. Rancangan Jom Ke Masjid akan muncul di kaca TV anda tidak lama lagi insyaAllah amin. =) Semoga impian menjadi kenyataan sama-samalah kita berdoa untuk sejahtera kita dunia dan akhirat.

2 ulasan:

Anonymous said...

erk... bole tak beri pelan peta utk ke masjid Seltan Salahddin Abdul Aziz?? tlg antar ke=herbert9408@hotmail.com thx

Bukan Nama Sebenar said...

Salam,saudara boleh rujuk kat website rasmi majlis bandaraya shah alam http://www.mbsa.gov.my/pelancongan_masjid =) atau

Tel : 03-55199988
Faks : 03-55101317

Peta tu I/Allah saya akan emailkan bila ada kesempatan =).

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner