Photobucket

Monday, May 18, 2009

Selamat Hari Guru Semua


Sempena hari guru 16 mei 2009, teringat kenangan lalu semasa sekolah menengah tinggal di asrama. Hari guru di sambut dengan penuh meriah sekali selain persembahan dan pertandingan tertentu, sukan bersama guru turut di adakan. Wah seronoknya, saya teringat ketika bergandingan dengan ustaz Tuan Zaki suami cikgu Nan Faridah guru bahasa melayu untuk acara tiup tepung berduet sambil ikat kaki sukaneka sekolah,agak lucu tapi rasa sangat selesa apabila berkerjasama dengan guru-guru seperti satu keluarga yang besar tapi tetap mesra. Yang paling saya ingat ketika itu suasana sekolah yang popular dengan bunga ros jingga. Macam-macam pengalaman semasa zaman persekolahan lalu memberi inspirasi, pengajaran dan ilmu yang sangat perlu dalam kehidupan. Kini kita tetap meneruskan pembelajaran dan tuntutan ilmu yang berguna untuk melayari bahtera kehidupan sepanjang hayat. Teringatkan pesan cikgu sekolah dahulu bahawa kita adalah guru sebenar guru yang menuntut ilmu untuk mendidik diri dan menghidupkannya kepada sesiapapun bukan sahaja untuk diri malah keluarga, rakan, masayarakat mahupun negara. Disinilah akan hadirnya rasa hormat menghormati, ikhlas memberi ilmu dan akhlak yang mulia sesama insan. Dengan tulus ikhlas saya dedikasikan ucapan selamat hari guru untuk ibu dan abah tersayang, guru-guru yang pernah mendidik dan mengajar saya sedari tadika,sekolah rendah, sekolah menengah, asasi sains dan pengajian islam nilampuri u.malaya, warga pendidik u.malaya dan tidak lupa buat semua rakan-rakan yang sering memberi nasihat, tunjuk ajar dan sebagainya. Semoga Allah memberikan segala yang terbaik untuk kita semua dunia dan akhirat.

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner