Photobucket

Saturday, May 30, 2009

Perjalanan beribu batu


Perjalanan beribu batu bermula dengan langkah pertama =) . Teringat kata-kata hikmah penuh makna yang pernah saya baca di dada buku. Guru tadika saya iaitu cikgu ros pernah mengajar saya bagaimana berlari-lari anak. Melangkah seperti lari tapi cermat tidak laju tidak perlahan dan berhati-hati. Inilah yang dikatakan senaman ringan yang dikategorikan sebagai sukan untuk kesihatan. Bersama rakan sekerja sambilan kami mengelilingi u.malaya seperti merentas desa dalam universiti. Bersenam sambil menyelam segala manfaat ilmu mengambil masa 2 jam berjalan, melihat dan mentafsir. Seronok kerana ada motivasi yang tersendiri, memberi kesegaran minda dan menyerap ketenangan kampus kehidupan. Macam-macam cerita manis, pahit dan tawar yang menerjah minda sedikit sebanyak dikongsikan bersama rakan. Yang penting semuanya memberi pengajaran kepada erti kehidupan sebenar kini dan akan datang =). Ingat kesihatan yang kita nikmati perlulah dijaga sebagai tanda kesyukuran kita hamba pada Maha Pencipta Yang Maha Esa. Riadah juga salah satu ibadah yang sangat menguntungkan bagi setiap kita yang berfikir =) .

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner