Photobucket

Monday, March 9, 2009

Mulia Akhlakmu Ya Rasulullah


Dengan Nama Allah Yang Pemurah Lagi Maha Penyayang, Selawat dan salam keatas junjungan mulia Rasulullah S.A.W, Mulia akhlakmu ya Rasulullah ya habibaAllah dalam kesederhanaan memberi contoh yang mulia kepada seluruh umat manusia dahulu hingga sekarang. Melihat kecekalan yang dimiliki kita mampu bermotivasi dengan luar biasa, bayangkan dengan bekalan akhlak yang hebat, kesabaran yang kuat, ibadah yang tidak tergugat, berilmu bersederhana sentiasa istiqamah kerana Allah s.w.t bermula dari bawah mencetus kegemilangan,kecemerlangan hebat sehingga kini. Pendidikan akhlak yang diamalkan Rasulullah s.a.w adalah kekuatan yang sangat menakjubkan, sahabat-sahabat baginda adalah hasil kepimpinan yang tiada tolok bandingannya melahirkan kepimpinan khulafa' ar rasyidin, berkat contoh akhlak yang baginda pamirkan. Kecil dan besar saling memerlukan sentiasa berkesinambungan dalam memberi kesan yang sempurna. Allah s.w.t mengasihi rasulullah s.a.w disebabkan akhlak baginda yang terbaik dan mulia sesuai dengan gelaran kekasih Allah yang baginda miliki. Untuk dicintai adalah bermula dari akhlak yang mulia dengan setulus hati.

4 ulasan:

Anna Althafunnisa' said...

Salam manis Iman,
Bersesuaian dengan sambutan Maulid Ar-Rasul,anna ingin berkongsi sedikit cebisan luahan rasa hati tentang pendapat iman. Pertamanya,anna bersetuju sangat dengan pendapat iman.. moga diri mampu menjadikan baginda sebagai contoh terbaik dalam membina identiti diri, amin.
Memang benar, Rasulullah s.a.w wajar dijadikan idola hati setiap umatnya untuk menjana sikap dan peribadi yang mulia dalam segenap pelosok kehidupan, Agar diri tidak jatuh parah ke dalam gaung dosa yang penuh hina akibat menjadi pengikut setia tentera-tentera iblis laknatullah, tingkah sentiasa terpelihara daripada perilaku yang ditegah oleh Yang Maha Kuasa dan yang paling ditakuti hal-hal ini sekiranya tidak dipandang serius, kita sebagai hambaNya akan terjebak ke dalam kancah kemurkaan Allah s.w.t, (bilamana Allah murka, kita akan banyak mendapat kesengsaraan di dunia dan di akhirat pastinya)naudzubillahi min dzalik.

Justeru, kita sebagai pewaris kitab suci Al-Qur'an, wajar bermuhasabah diri. Adakah kita sudah kenal akan Rasulullah s.a.w?
Adakah kalbu umat yang dicintainya ini juga mencintai baginda setulus hati? Fikir-fikirkanlah...

Dalam mencari ketenangan hakiki di dunia dan akhirat, kita wajar melihat kembali di mana paksi akidah kita sekarang ini? kita wajar memperhalusi baik buruk fiil kita dalam setiap tingkah yang sentiasa diperhati Ilahi dan dicatat oleh malaikat setia di kanan dan kiri. BANGKITLAH wahai bangsa MELAYU yang kian KEHILANGAN IDENTITI ISLAMNYA. JANGANLAH kita ISLAM pada NAMA sahaja, tetapi ISLAMKANLAH seluruh hati dan diri terlebih dahulu mengikut Al-Qur;an dan Sunnah Nabi Muhammad s.a.w.

Moga kita semua mampu menjadi KAUM ISLAM yang MAJU secara HOLISTIK, bukan setengah-setengah, separuh-separuh tetapi secara MENYELURUH..
Insya-Allah, bersama dan berusaha untuk mengecap kualiti peribadi mulia semulus akhlak Junjungan Rasulullah s.a.w. =)
Moga diri sentiasa diperingati Allah sekiranya tersasar dari landasan luris Yang Maha Esa, Amin..
Ok, sampai di sini dahulu, insya Allah, di ruang lain, anna akan cuba berkongsi pendapat demi memartabatkan diri, keluarga, insan tercinta dan seluruh warga ISLAM SEANTERO DUNIA, iNSYA allah
Wallahualam.
Assalamualaikum. =)

Anna Althafunnisa' said...

Salam perjuangan sesuci perjuangna Rasulullah,
Anna bersetuju sangat dengan pendapat Iman.

Nabi Muhammad s.a.w wajar dijadikan "ROLE MODEL UTAMA" dalam kehidupan kita, untuk menjamin kulaiti hidup di dunia walakhirat.

Namun.

Persoalannya kini:

Adakah diri kita sebagai umat Rasulullah mengenalnya dengan sebenar-benar kenal?
Adakah kita mencintai baginda sepertimana baginda mencintai kita setulus hati?
Adakah kita benar-benar tahu tentang sunnah Rasulullah yang wajar diteladani?

Persoalan ini harus diperhalusi bersama, agar kita tahu dengan jelas di mana paksi tingkah dan keperibadian diri.

Hal ini signifikan untuk merawat kembali akhlak masyarakat yang semakin bobrok dek terpengaruh oleh pengaruh iblis.
Anna geram dan sakit hati,umat Islam sendiri menodai kesucian agamanya, din Ilahi.

Kita sebagai pewaris kitab suci Al-Qur'an, semestinya perlu memahami apa yang terkandung di dalam kitab suci ini. tindakan ini perlu untuk menjamin kualiti peribadi yang bermutu, tidak bertuhankan apa-apa selain Allah Yang Maha Esa,
yakin kepada ajaran yang dibawa oleh Rasullullah wahyu Ilahi, di samping penyuluh kepada jalan hakiki, penerang kepada kegelapan, pembawa kepada sinar ketenangan dan kebahagiaan.

Kenalilah dan cintailah baginda agar merasai kemanisan dan kekuatan iman, insya Allah

-HiDaYah tidak datang sendiri. ia perlu dicari, digali dan diamali agar kita tidak lali dari ajaran serta perintah dan larangan Ilahi.

Semoga diri, dan para muslim dan muslimah sekalian tetap berpegang kepada ajaran Allah walau diri diancam mati.

Berjihadlah di jalan Allah, Allah tetap bersama orang-orang yang sabar.

Peringatan ini untuk diri sendiri dan seluruh pengunjung yang melawati blog ini.
Wallahualam.

Assalamualaikum.

Bukan Nama Sebenar said...

Walaikumsalam anna, syukran sebab memberi komen yang sangat baik,nak diceritakan sunnah Rasulullah yang simple seperti berbuat baik pada orang tua pun sekarang nie sukar untuk generasi kita ikuti bayangkan nak menghayati apatah lagi.Tapi disinilah peranan guru tak kira apa2 subjek pun memberi pendidikan,memberi contoh akhlak yang Rasulullah wariskan. Usaha kita mestilah sepenuh hati dan setulus keikhlasan.InsyaAllah kita mampu memperbaiki malah mencegah. Assalamualaikum.

Anna Althafunnisa' said...

Salam,

Okey, dan yang paling utama sebenarnya "loco parentis" iaitu peranan kedua orang tua dalam menerapkan semangat cintakan Allah dan Rasulnya dipupuk dan disemai semenjak di dalam kandungan lagi. bak kata pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya" ;-)
jadi, sesiapa yang bakal bergelar ibu atau ayah, ataupun sedang dan sudah menyandang gelaran tersebut perlu mengutamakan ilmu agama agar anak tidak hanyut dan terkapai-kapai dalam melayari bahtera kehidupan yang penuh dengan ujian dan dugaan. dan bilamana ilmu agama seseorang itu mantap, maka mantaplah akidahnya, mantaplah akhlaknya, mantaplah secara keseluruhan tingkahnya dan lahirlah generasi produk Islam sejati berlandaskan siratul mustaqim.

Wallhualam.

Salam =)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner