Photobucket

Thursday, March 5, 2009

( Mencarimu )


Harga diriku kini,
sering terluka dan tercalar,
bukan kerana kamu,
tetapi kerana janjiku,


Saat masih sedar bernafas,
Selama kujalani cinta,
Kuingin selalu menjagamu,
kuingin setia disisimu,


Namun kulari dengan lalai,
Alpaku tidak sedar,
Ku ingin kau menjadi milikku,
ku ingin kau kusayangi,


kini hilangmu senang,
menampakkan salah disampingku,
Tersemat cebisan tidak bertahan,
Menghilang syurga dihatiku,


indahku dengan harga diri,
ku ingin selalu bersamamu,
selama Rabbi memberiku hati,
selama Rahman memberiku kasih,


Kerana kini Kusadari,
Kau membuatku menyayangi,
Dari isi tulus kecilku,
Tidak berhenti mencarimu.

2 ulasan:

Anna Althafunnisa' said...

Salam Ukhuwah,

Ehehe,cewah, sapalah gerangan orangnya tu iman? ;-)

Hem, Anna berdoa:

"Moga Iman ditunjukkan jalan yang lurus dalam memilih perjalanan hidup untuk mencari kebahagiaan berlandaskan Islam, bukan bertuhankan dorongan nafsu ammarah yang disuburkan oleh Iblis Laknatullah." Amin...

Jagalah peribadi untuk menjulang akhlak yang tinggi, jagalah permata hati sepertimana Nabi Adam a.s menjaga Hawa, Nabi Muhammad s.a.w ikhlas mencintai Khadijah r.a dan Nabi Yusuf a.s mengasihi isterinya Zulaikha.

Semoga berjaya menggapai impian hati dalam redha Ilahi, insya Allah, Amin.

Iman, ingatlah...

Perempuan itu umpama besi yang bengkok, luruskanlah ia dengan agama Allah s.w.t, suburkanlah hatinya dengan iman dan taqwa,kasihilah ia berlandaskan syariat ketentuan Esa, agar cinta kurniaan-Nya tidak sia-sia dan terpelihara di bawah naungan redha-Nya, insya Allah, Amin.

Perbaikilah setiap kelemahan yang ada pada diri, gilapilah kelebihan yang terpendam di dalam hati agar mampu menjadi insan berkualiti (insan kamil).

Semoga sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah.

Wallahualam.

Assalamulaikum =)

Bukan Nama Sebenar said...

Walaikum Salam, Cuba anna teliti maksud puisi ni dan kaitkan dengan ilmu,iman dan amal =)k.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner