Photobucket

Wednesday, November 19, 2008

Menarik Di Manikam Kalbu - Faisal Tehrani

Assalamualaikum,Rasa seronok pula membaca Manikam Kalbu ada pelbagai ilmu dan pengetahuan yang menarik.Apa yang pasti ianya berkait rapat dengan benang,seni jahitan, aurat dan islam =).

Pada hemat saya novel nie sgt menarik dan sesuai untuk dunia kita pada zaman milinium nie,ada sesuatu yang berupa nasihat dan rangsangan motivasi untuk kita sebagai remaja moden beriman,beramal dan berinspirasi dalam batasan syariat islam.Fesyen sinonim dengan perempuan atau wanita tapi dalam manikam kalbu sebaliknya.Yang buatkan saya suka ialah apabila mengetahui bahawa pengasas fesyen dunia sebenarnya adalah tokoh islam juga merupakan seorang wira .

Antara petikan dalam novel nie berbunyi begini " Ziryab itu nama sebenarnya Abul Hasan Ali ibnu Nafi.Dia lahir di iraq pada tahun 789 hijrah.Beliau ahli muzik dan anak murid kepada ulama muzik terkenal, ishak al-Mausili ketika era kehebatan dinasti Abbasiyyah.Malah dia sangat masyhur di Andalusia dan dikatakan orang yang bertanggungjawab memperkenalkan fesyen musim dingin,panas,gugur dan bunga.Kalau tidak kerana ziryab entah apa fesyennyaorang barat waktu ini.Dialah yang memperkenalkan kot fabrik warna belang dengan membuka kilangnya di kordoba dan maghribi. Ziryab juga bertanggungjawab memperkenalkan seni dandanan rambut, termasuklah barangan kecantikan seperti produk kosmetik, ubat gigi dan deordoran ke Eropah. Malahan Ziryab menamakan jenama tertentu untuk hasil keluaran dan ciptaannya.......jadi janganlah kagum sangat dengan barat sebab mereka sendiri mengambil dari kita".

Kalau nak tahu kenalah baca sendiri dan yang pasti ianya seronok untuk dibaca, difikirkan sebabnya manikam kalbu memberi rangsangan motivasi,kehebatan islam, dan kekuatan jati diri kita.SubhanaAllah...... =)

1 ulasan:

Anna Althafunnisa' said...

Assalamualaikum...
Erm, pertamanya, ana ingin memperkenalkan diri. Rakan-rakan boleh gelarkan saya Anna Althafunnisa (bkn nama sebenar) dalam ruangan blog ini. Althafunnisa dipililh atas mengendong falsafah yang cukup tinggi. Moga lakaran peribadinya dalam novel "Ketika Cinta Bertasbih" oleh Habiburrahman El-Shirazy dapat ditanam ke dalam hati dan diamalkan dalam kehidupan sehari-hari, Amin.

Sebelum memberi sebarang komen, erm, pertama sekali, tahniah kepada Iman =) kerana melahirkan blog sebegini rupa. Yang mana, jika dimanfaatkan sepenuhnya, ia mampu menjadi wadah pencetus perubahan minda dan sekaligus tingkah sesama kita, Insya Allah.

Hemm, bercerita tentang novel, Faisal Tehrani sememangnya wajar digelar "sasterawan muda" kerana memiliki daya intelektual dan kreativiti yang cukup tinggi sehingga karya-karya kreatif hasilan beliau acapkali memenangi pertandingan anjuran pihak DBP yang berfungsi untuk meningkatkan martabat Bahasa Melayu di negara kita.

"Manikam Kalbu" sememangnya menggugah kalbu golongan pembaca yang berjiwa Islamik, mampu membuka mata pembaca untuk mengetahui segala rahsia tentang penciptaan Busana. Ia wajar diapresiasi oleh golongan remaja kini, khususnya bagi mereka yang mengalami kecelaruan indentiti. Agar diri mereka tidak terus-menerus hanyut dalam ciptaan dunia sendiri yang hanya penuh dengan imaginasi palsu.

Cubalah menyelongkar ilmu dengan membaca karya-karya sastera yang bermanfaat. Alamilah sendiri, kalbu akan berisi, jiwa rasa tidak tersisih malahan "amalan membaca" akan nenjadi salah satu budaya kehidupan bermakna yang bilamana ia diamalkan secara istiqamah, mampu menjulang potensi diri dalam jalan yang diredhai Allah s.w.t.

Ya sampai disini dulu, insya Allah pada masa lain, ketemu lagi. ;-)

Moga ukhwah kekal sejati dalam redha Ilahi, amin.

Bersama memartabatkan diri dalam mencari ketenangan hakiki.

Salam.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah

I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 
TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner