Photobucket

Tuesday, November 25, 2008

JaNgan MaRaH Haaa.... =)

Assalamualaikum,topik yang penting tapi tanpa kita sedar kita meremehkan perkara ini. Jangan marah Haa ( Biasa dengar dlm filem Seniman Tan Sri P.Ramlee =)... =) Tahu Tak Asal Usul Marah? Sifat pemarah itu asalnya daripada sifat sombong dan ego.Lagi besar ego individu itu lagi besarlah marahnya. Ianya berkaitan dengan kedudukan individu itu, kalau tinggi kedudukan, besar pangkat, banyak harta ataupun ramai pengikutnya, semakin tinggi ego individu itu dan semakin menjadi-jadi marahnya. Sebaliknya , apabila kurang segalanya, maka kuranglah egonya dan kuranglah juga marahnya =).

Sifat marah ada pada hampir semua orang seperti sikap hasad dengki. Tapi hakikatnya kita mampu menghindari marah. Seperti nasihat Imam Syafie " Marah adalah salah satu di antara panah-panah syaitan yang mengandungi racun. Oleh itu, hindarilah ia agar kamu dapat menewaskan syaitan dan bala tenteranya" .

Setiap kelemahan dan kesilapan manusia adalah ujian kepada kita. Allah mahu melihat bagaimana kita bersabar dan malu kepada Allah swt dengan mengucapkan "INNALILLAHI WAINNA LILLAIHI RAJI'UN".Apabila marah diturutkan, ia membakar kebaikan seperti api membakar kayu dan tiada yang tersisa kecuali barah dan debu.

Ubatilah hati dengan keikhlasan dan kemanisan beribadah kepada Yang Maha Pencipta agar terbuang semua rasa 'ketuanan' yang menyebabkan kita menjadi pemarah =). Renung-renungkan dan hayati bersama....selamat beramal =).

1 ulasan:

Anna Althafunnisa' said...

Salam manis, :)

Hem, t/kasih iman, melalui artikel tersebut, anna tahu cara terbaik untuk meneutralkan ego dan sifat marah anna yang memang.. em..
doakan hati semakin reda dari api marah yang selalu membua-buak kala tidak mendapat apa yang dihajati, Amin.

Memang betul, waktu kita marah, kita anggap diri kita paling hebat, orang lain semuanya salah, huhuhu betapa hinanya orang marah ini. Seperti menganggap diri itu "tuhan" dengan percaya bahawa dirinya paling hebat. (naudzubiilahi min dzaliq)

Justeru, siapa-siapapunlah, hartawankah, jutawankah, golongan ilmiahkah, golongan miskinkah, golongan kayakah, wajar dan seharusnya membuang rasa marah dari dalam nubari (kecuali pada situasi tertentu yang memerlukan marah diaplikasi).

Sebab, MARAH ini TIADA MANFAAT malah MEMBAWA LAKNAT.

Okelah, sama-sama kita cuba berubah kepada yang lebih baik ya, insya Allah, amin.

Ok, jangan lupa doakan Anna berjaya untuk menjalani latihan praktikal di sek.men.keb tun tijah melaka bermula minggu depan. Tiga bulan... Anna berdoa:
'Moga "SABAR" menjadi pegangan dalam mendidik anak bangsa yang semakin terpana dengan dunia sementara, insyaAllah, amin.'

Ok Iman, semoga sentiasa dirahmati Allah dan berjaya menjadi insan yang diingini, Amin.

Salam manis ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner