Photobucket

Monday, March 4, 2013

Kejutan Tragedi Pencerobohan Semporna



Assalamualaikum dan salam sejahtera. Belumpun reda tragedi pencerobohan di Lahad Datu yang mengorbankan dua orang perwira negara, tanggal 2/3/2013 malam sabtu,tanah air kita dikejutkan dengan berita serangan hendap di kg sri jaya semporna yang mengorbankan 6 orang lagi wira keselamatan negara. Inilah ujian getir yang harus ditempuh pada permulaan 2013 yang perlu diselesaikan dan mengembalikan keamanan yang sebelum ini dikecapi rakyat. dipetik daripada berita harian berkata, kejadian berlaku ketika sepasukan polis ke Simunul bagi menjalankan siasatan susulan maklumat mengenai kehadiran sekumpulan lelaki bersenjata di situ, ianya bertukar menjadi tragedi yang sangat-sangat kita tidak mahukan berlaku. Ketika ini banyak spekulasi yang timbul tenggelam sehingga mencetuskan pelbagai tanggapan salah tentang kejadian yang tidak di duga ini. Pada pagi sebelum kejadian sebahagian warga pendidik bersama anak murid mengikuti aktiviti majlis tilawah al Quran MTQ peringkat daerah semporna bertempat di SMKA Tun Sakaran Semporna dan kontinjen SMK Bum Bum tidak dapat hadir atas sebab keselamatan perairan kawasan pulau yang sedang dikawal ketat.Semua sekolah di semporna di berikan cuti berganti selama 3 hari bermula hari ini sehingga hari rabu untuk mengelakkan sebarang masalah yang melibatkan warga sekolah berlaku dan memudahkan pihak keselamatan membuat tangkapan terhadap penjenayah yang terlibat. Walaupun keadaan agak terkawal namun dek kerana pelbagai khabar angin yang hinggap di papan internet serta alat komunikasi semasa, membuatkan kebanyakan penduduk gelisah berpanjangan sehingga ramai dikalangan mereka berhijrah buat sementara waktu ke bandar utama yang selamat serta jauh daripada lokasi krisis bagi menenangkan hati yang kurang tenteram. Sangat mendukacitakan apabila ada sahaja maklumat-maklumat palsu tersebar kononnya semporna bakal ditawan dengan senjata yang di gali di tanah perkuburan, sabah dalam keadaan darurat dan sebagainya tersebar tanpa kawalan sedangkan yang sepatutnya adalah kita perlu berdoa agar negeri kita, negara kita berada dalam keadaan yang aman kembali tenang serta berjaya menangani krisis yang berlaku ini. TAKZIAH diucapkan kepada keluarga perwira-perwira negara yang pergi ke rahmatullah demi mempertahankan negara .Semoga Allah swt menempatkan mereka dikalangan ahli jannah syahid dan semoga Allah swt melindungi keluarga,masyarakat, dan semua perwira-perwira yang berjuang demi negara kita. Amin ya Rabb....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner