Photobucket

Monday, October 11, 2010

Menghidu Peluang Kerjaya



Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Setelah bergelar graduan mahupun setelah merasakan perlunya kerjaya untuk mendapatkan wang sebagai mata pencarian, pelbagai idea,cara dan strategi yang akan dirancang untuk kita mendapatkannya berdasarkan keperluan, kelayakan, kehendak pemilihan dan macam-macam lagi yang akan timbul. Tidak kiralah mana-mana jabatan kerajaan mahupun swasta pasti keinginan kita tetap memuncak, mengharap dan ingin mencuba untuk menghidu peluang kerjaya yang ingin kita dapatkan. Ada yang tidak kesah apa-apa pekerjaan asalkan gaji memenuhi keperluan, ada yang berkerja sendiri melalui peluang ruang yang ingin dikembangkan sehingga berjaya seperti perniagaan, ada juga memilih berusaha mendapatkan peluang jabatan kerajaan melalui apa jua kelayakan asalkan kerajaan, dan semuanya bermula dengan asas mengisi borang-borang yang berkaitan. Keadaan ini rasanya tidak salah jika saya katakan kita semua merasainya tidak kiralah dalam masa yang singkat mahupun jangka masa yang panjang. Kemudahan internet hakikatnya banyak membantu dari segi pencarian peluang yang mudah pada masa kini ditambah dengan kemaskini yang boleh dikatakan setiap hari bagi melaporkan sebarang info-info yang menarik. Kita sedia maklum ada diantara kita yang tidak puas dengan memiliki satu kerjaya sahaja kerana ingin menambah pendapatan, kepuasan dan pengisian masa yang memberangsangkan. Motivasi ini datang sendiri sekiranya kemahuan dan semangat kita mengatakan kerja tambahan tersebut mudah, senang, boleh beres dan hasilnya memberi kepuasan. Saya sendiri agak kagum melihat peluang-peluang yang sangat banyak dipaparkan di internet, surat khabar, kenalan-kenalan ibu abah, MLM dan macam-macam lagi tawaran. Tetapi hakikat untuk saya adalah tekad untuk terus setia dalam lapangan kerjaya pendidikan dan tertumpu untuk pendidikan belajar,belajar dan belajar. Di sini saya kongsikan sedikit laman web yang mungkin boleh membantu kita menghidu peluang kerjaya sekadar perkongsian bersahaja : http://peluangkerjaya.com/ , http://malaysiancareer.com/ , http://www.jawatankosongdot.com/ , http://www.spa.gov.my , http://jobspromo.com dan banyak lagi. Ringan-ringankan badan mencari sendiri dan teliti agar tidak mudah tertipu dan merasakan kerugian apabila salah memilih. Mengisi ruang kekosongan bukan bererti tidak memilih tetapi biarlah kita teliti untuk merasakan erti nikmat syukur yang sebenar tanpa menyalahkan orang lain. Semoga kita mendapatkan apa yang terbaik pada setiap susah dan senang yang kita akan rasa. Salam perkongsian yang sederhana....

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner