Photobucket

Monday, July 19, 2010

Hidupkan Kekeluargaan






Assalamualaikum dan salam sejahtera, syukur kehadrat Illahi kerana mengurniakan masa untuk saya mengisi masa lapang berkongsi sedikit pengalaman yang manis dan mampu kita ikuti bersama. Pada tarikh 10.7.2010 tamatlah sesi latihan mengajar saya di Sekolah Menengah Agama Dato' Haji Mustafa Batu Kikir Negeri Sembilan, selama 2 bulan 10 hari. Syukur Alhamdulillah bersama 5 lagi rakan yang lain kami di anugerahkan cemerlang. Namun apa yang ingin saya kongsikan disini ialah suasana kerja yang menghidupkan nilai-nilai kekeluargaan. Kami adalah adik baru dalam latihan keguruan dilayan dengan sangat baik, dan di latih dengan protokol kerja yang baik dan kami sangat berpuas hati. Dalam sehari kami dibimbing dengan menyelesaikan tugas guru latihan mengajar iaitu berjumpa dengan bahagian pentadbiran, kemudian berjumpa ketua setiap bidang, beramah mesra dengan guru-guru yang lain. Tepat pada masa yang di tetapkan tanpa membuang masa kami di beri taklimat tentang sekolah dan seterusnya membincangkan jadual mengajar secara bersama.

Alhamdulillah jadual mengajar kami perolehi dengan lengkap dan sempurna. Segala persoalan dan pertanyaan daripada kami di jawab dengan jawaban yang sangat memuaskan dan sangat membantu. Tidak sah jika tidak ada sedikit jamuan, kami di bawa ke kantin sekolah dan menikmati jamuan sambil beramah mesra dengan guru-guru yang lain. Banyak perkara yang di bualkan dan banyaknya adalah terfokus kepada tempat kami di lahirkan iaitu sabah dan sarawak. Kami begitu selesa dengan layanan daripada pihak sekolah menyediakan rumah tempat menginap dan banyak lagi keistimewaan penyediaan bahan bantu mengajar tanpa sebarang masaalah. Kami siap di ajak jalan-jalan bersiar-siar di tempat-tempat menarik disekitar kawasan tersebut dan sememangnya kami di bawa Oleh Cikgu Lokman & Ustaz Zaki ke jeram tengkek,jeram toi, pasar jualan dan sebagainya.Antara aktiviti lain ialah menghadiri kenduri di rumah cikgu shahrizal bersama guru-guru lain, majlis pertunangan keluarga Puan Rohana, Pengisian Kerohanian Kadet Remaja Sekolah Seluruh Daerah Jempol dan yang paling manis adalah Hari Guru Peringkat Sekolah dengan pelbagai aktiviti yang sangat seronok.

Kerjasama dan sikap keakraban kekeluargaan yang diterapkan disekolah tersebut sangat menyemai kasih sayang yang hidup dalam diari pengalaman kami. Aktiviti ceramah di surau sekolah, balai asrama puteri, tazkirah jumaat, selawat jumaat, menjadi pengerusi majlis program celik jawi , kem bahasa arab pelajar guntur, kem motivasi minggu khas ting.3 dan ting.5 dan banyak lagi. Semuanya menghidupkan kekeluargaan dalam kerjasama yang diberikan ketika latihan mengajar pagi petang siang dan malam. Nasihat dan pengalaman dikongsikan Ustazah Juliana, Tidak lupa Kerepek Ustazah Shamsina, Kaunselor Ustaz Ridhuan , Ustaz Yusri, Ustaz Rosli yang pernah berkhidmat di labuan dan semua guru-guru yang banyak membantu.Teringat choki-choki, chumi-chumi,kek kurma dan sembang cerita sebagai perangsang hadiah untuk murid-murid yang sangat disayangi. Alhamdulillah syukur..... (00,)

0 ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

salam ukhwah


I made this widget at MyFlashFetish.com.

Loading...

Loading...
 

TERATAK IMAN EL ZIQRA © 2008. Template Design By: SkinCorner